
Salam..okeh,janji tak tertunai.Harituh kata nak update lepas habis je Taaruf Week.Rupa-rupanya semangat itu hanya tertinggal di lantai seperti baju kotor yang jatuh terjelepuk di atas lantai.(budak sekolah,jangan tiru ayat ni,fail korang BM nanti.)
Ingat nak cerita pengalaman sepanjang 2 bulan menginap di CFS IIUM Petaling Jaya ni.Tapi,kalau describe satu2,memang tak muat nak tulis dalam blog ni.Kena tumpang blog orang lain pulak.
Kita main skip2 cerita lah ye.EH2...sape suruh skipping depan2 lappy ni?Even I am Herbalife's coach,keje gile aku suruh korang lompat terkinja2 depan lappy?,dah mengarut.!
30/5/2011 (ISNIN)-Tarikh pendaftaran.Jujurnya,takdelah rasa berdebar ke,gementar ke,menangis hiba ke...semua xde.Takde feeling pape pun.Orang ckp,"ko ni nabil,takde perasaan ke?"
Guys,I just don't.
Actually mungkin sebab dah selalu hanta kakak ke sini,TIAP TIAP MINGGU,(padahal aku pun PBSM),so,dah takde rasa apa pun.Biasa je.Haha..
Masuk,register,ambil kunci bilik.Dapat duduk kat Umar Al-Khattab College or know as UKC.Tingkat 2.Alhamdulillah...kalau tingkat 4,bertambah kurus aku.

UKC terchentaaaaa...dan yang best nya,aku dapat sebilik dengan budak Al-Amin,Hakeem.Walaupun Omar telah tercampak entah ke mana,takde rezeki,nak buek camano laie.
Masuk bilik,letak barang,salam,cium,peluk segala mak ayah,pssttt..nenek terchenta pun ada tau,haha.Lepas tuh,aku tengok balik katil aku,takde TILAM! Lantas aku berkata, "WHAT?!!!"
So,sementara nak dapat katil (kata Abang Fasi tuh dapat malam),tumpang baring kat katil Hakeem.Haha.Baik sungguh hati beliau.Hahaha...
Malam tuh bermulalah program Orientasi yakni Taaruf Week di IIUM.English+Arabic=IIUM.
Orientasi IIUM sangatlah berbeza dengan orientasi tempat lain.Jangan risau,takde ragging langsung.Cuma diorang ragging mata dan telinga je sebab ceramah,taklimat melimpah-limpah.Tahan je lahhh...
Esok nya, 31 May 2011,terus exam.English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT) untuk tentukan kita berapa tahun kat CFS ni.Hasilnya,aku dapat Level * untuk EPT dan Level * untuk APT.Supposedly buat 1 tahun,tapi UIA dah ubah sistem sikit,KONONNYA TIADA SHORT SEM,so extendlah jadi setahun setengah.Terima ye...Alhamdulillah...
Gambar sepanjang Taaruf Week..

During Cultural Night...(LEMAU)

Surau UKC

Malam Oath,baca ikrar depan Lecturers and Dean.Tetibe nyanyi lagu CFS dengan penuh semangat yang melimpah-limpah. (sila perhatikan kepala-kepala mereka.Pandang bawah je,haha..nampak sangat tak bagi perhatian apa orang depan cakap.Hmm...apa ek orang tuh cakap?haha)

Lepas habis,sesi bergambar...(kejap je,nak balik bilik,ngantuk.haha)
Dari kiri, : Hakeem,Suhail, (both my roommate) and paling kanan ni aku lupe nak tanya nama,jumpa terus tangkap gambar.haha

Jangan nak kutuk-kutuk baju batik ni.Haha...


Gambaran bilik,sori,gambar katil tak leh diupload atas sebab-sebab tertentu.Haha.Kecuali ini....

Tempat yang FAMOUS waktu 2-3 minggu pertama untuk first year,asyik meninjau je bila jadual nak keluar.SISTEM UIAM TERBAIK!

Minggu lepas,IIUM melancarkan SPEAK ENGLISH CAMPAIGN.So,antara aktiviti nya adalah English Fair yang diadakan di AMF Hall.Ada booth jual-jual,games dan video yang ditayangkan di dalam dewan.Ok,jujurnya aku tak masuk dalam dewan untuk tengok bende tuh.Weh,sibuklah kat luar jual-jual!
Eh,eh!Tak de bukak booth Herbalife la.Jangan nak memandai.
Malam sebelumnya,penat-penat stay kat booth untuk set up dan decorate dari pukul 8.30 malam sampai kol 12 malam.Okeh,lama.Banyak perubahan yang telah berlaku.Dari tempat yang 'lemau' dan takde pape,bertukar menjadi booth yang ....WAH!!!
Daripada ini....

Kepada....
Kredit to Nadiah Parman.Transformasi yang hebat!Daripada....
Ni untuk letak menu kedai...(kitorang korek kat dalam AMF,haha,eh,with permission lorh)Aku tengok kosong je tempat menu ni.Macam tak meriah.Lantas aku berpikir,guna kaedah dan teori PSV setahun lepas,ingat apa Cikgu Fazliyati cakap,ting!Aku dapat idea.Now I can really get benefit from PSV.I mean,practically.
Amek kapas,'pinjam' dari Am,(classmate),berlari dia pergi Mahallah amek kapas dia,,,haha,separuh cotton kitorg tibai.
Prosesnya... (Am buat dengan patuh,haha)
Taraaaaa......!!!!!!!!!

Tak sangka,idea yang datang tiba-tiba boleh mengubah dari kehodohan yang nyata kepada marvellous! Thanks Allah! Plus,nama booth kami ialah ENGLICIOUS! Now you know what the 'E' at the top stands for ,right? (ehem2,who suggested the name?malas nak cakap lah en...haha) Berapi la budak kelas aku baca.Haha..
Lepas habis menjual kesemua nya,,,,bergambar la kami...

"Eh,asal ada dua je laki?"
Dah,jangan nak tanya soalan yang menyedihkan tu.Aku mula-mula terkejut gak.Tapi dah dekat dua bulan,biasa je la.CHOPP!!!
UNTUK PENGETAHUAN ANDA,GAMBAR DIATAS, 13 SISTERS (PEREMPUAN) LAGI TAKDE.SO,KORANG TOTAL UP KAN LAH SENDIRI BERAPA LAKI DAN PEREMPUAN DALAM KELAS NI.
Minggu lepas,telah berlangsungnya MID SEM EXAM.Okeh,stress?Boleh la...kata pun last minute belajar.Azam sebelum masuk,nak ubah tabiat belajar last minute.Malangnya,hangat-hangat goreng pisang je.(maaflah,dari tadika budaya last minute diaplikasikan)
Tapi sebab takut sangat,terpikir,apa kata buat study group untuk budak kelas?At least,ada orang yang lebih paham untuk terangkan.
Hari pertama: Buat di Restoran Ali Bistro (maaf takde gambar) Selesa lah jugak.Sebab ada meja semua.
Hari kedua: Buat kat tempat yang gile best! Belajar konon-konon macam belajar kat New Zealand!Malangnya,ini je yang datang.Yang lain-lain tak tahu ape citer.



Selipar ku di situ entah kenapa.
Sehari sebelum tuh,pegilah Jaya One,niat asal nak belajar kat sana, lebih tepat di Wendy's.Ajak lah Nur Hakim.Kononnya lepas makan,dpt la belajar dengan udara yang sejuk.Sekali lagi,azam hanya tinggal azam.Tengok phone,ada Wifi.Bukan main laju,apa lagi,bye bye study.Haha.

Gile panjang aku update,(ceh).Ok,setakat ni tu je lah yang larat di update.Ada masa lagi,insyaAllah akan diupdate lagi.Mood: SERAM TUNGGU RESULT MID SEM.
4 comments:
waww sungguh menghiburkan hati. gd luck in LAWSOC
perlu eja 'waaww?
haha..ko tuh update la cepat!
awesome..... mesti vouge.... anyway gud luck.. hahaha herbalife?? upps ade bende x settle... dgn nabil..
tau plak ye
Post a Comment