Followers

Wednesday, August 3, 2011

4 Perkara Yang Menjengkelkan

Di bawah ni aku sertakan 'Top 4 Most Awkward  & Annoying Moment' based on pemerhatian aku.Enjoy!

 4.  Pernah tak berlaku pada korang,waktu pergi mana-mana tempat yang korang rasa mengutamakan privasi dan kesenyapan,contohnya macam masjid,surau,library dan waktu periksa! Tiba-tiba ada bunyi telefon,'Kring...kringggg...".Ok,obviously bila berlaku macam ni,korang akan rasa pelik dan pikir macam ni,
"Ko ni tak reti-reti ke nak campak SILENT handphone kau?"

Kalau bunyi kring kring ni boleh dimaafkan lagi lah.Tapi kalau keluar lagu-lagu yang bingit,menari-menari ala K-Pop terkinja-kinja(K-POP FANS,NO OFFENSE), lagu balada yang merintih sayu dan hiba,atau pun dialog-dialog lawak macam suara Upin-Ipin.Ha,yang ni dah jadi macam trend kan sekarang?Letak dialog suara si Upin ke Ipin ke or Opah diorang tu,pastuh jadi ringtone.Kalau bunyi je,takke mengganggu orang lain?Kalau waktu solat,sah sah la tak khusyuk sebab dok tahan gelak dek lawak Upin Ipin.

Kalau lagu Korea pulak,bila dah lagu joget-joget tu,paham-pahamlah beat dia macam mana. Kalau joget Inang ke,Joget Zapin ke,Tari Tualang Tiga ke,acceptable la sikit.Sebab tak de la "Shori shori shori" je memanjang.Hello,korang punye ringtone bukan bunyi mcm mesej,sekali je,Tet.Sekali orang call nak dekat 30 saat tau.Bayangkan dosa korang kacau satu masjid solat.Nak pulak ringtone tuh letak volume paling maximum.Perghhhh,,,masyuk la wa cakap.


Chop,lagi satu perangai yang aku tak paham bab-bab handphone ni,dah tahu nak pergi kelas ke exam ke,SILENT la bai.Ni tengah-tengah lecturer mengajar,phone kau sedap nyanyi "Shori shori shooraaa" ,(maaflah,teman tau satu lagu ni je sbb pernah dengar kat radio.) takke mengganggu dan nampak kebiadaban kau yang nyata lagi asli? Kalau sekali dua tak pelah mungkin sebab lupa,ni  kalau masuk kelas tak pernah pun SILENT,memang minta penampar ulang alik.

3. Situasi seterusnya bila kau tengah depan lappy,phone ke,pastuh tetiba ada sorang mamat@minah ni datang,duduk tepi korang,pastuh tengok apa korang buat.I mean,dia tengok apa yang korang sedang surf dan tulis.Bayangkan,kau nak log in Facebook,Twitter,or Maybank2u,pastuh dia dok sibuk mengusha screen and keyboard kau macam kucing nak telan tikus.Tak paham-paham ke orang nak menaip password ke,ape ke.


Ye,memang kau cakap .....

"Eleh,tulis je la,bukan aku nak tengok pun.Takdenye aku nak hack akaun kau."
atau
"Alah,setakat account Maybank kau yang takde duit sangat tu,aku tau password pun takde hati aku nak transfer duit kau yang tak seberapa tu."

Perghhhhh,....panas! Ye lah tu kau tak cilok,cuba aku cakap duit aku dlm bank ada RM5 juta.Pastu aku bagi kau password aku,aku cakap "Buatlah pape yang ko nak". Pastu,kau nak tengokkkk je ke website tuh?Kalau kau jawab ye,memang aku wajib hantar kau pergi jadi officer pencegah pencuri.

Bai,isunya bukan kita takut kau cilok duit ke apa,duit pun tak delah seberapa,tapi PRIVATE & CONFIDENTIAL kot.

Analoginye macam ni lah.Ko tengah b*rak dalam public toilet.Pastuh ramai-ramai orang yang tunggu kat luar tengah tunggu turn,lompat-lompat kat pintu tinjau-tinjau ke dalam.Pastu kau marah.Padahal dorang tuh cakap....
"Kitorang nak tengok je tandas ni bersih ke tak,kalau tak,kitorang nak tunggu depan tandas lain."

Now,korang pikir,sama je situasi dia dengan kat atas ni.


2.  Ni pernah terjadi kat aku dua minggu lepas.Bila kau tengah jalan-jalan kat shopping complex (contohnya) dengan perasaan riang ria raya,pastuh korang nampak seseorang yang tidak dikenali pakai baju sama macam korang.I mean,bukan material or corak lebih kurang sama,tapi memang SAMA SEJIBIK!Dari jenama,corak,warna.


Nak pulak bila orang tu betul-betul depan atau belakang kau.Either kau yang perasan dulu (sebab kau kat belakang dia) atau dia yang perasan dulu (sebab kau depan dia).Kalau dua-dua dah terperasan,pergh.Layan habis la malu dia.Tahap MAKSIMA!

Cuba fikir,bila dah jadi macam tu,idea yang aku ada hanyalah lalu jalan lain dan berada jauh daripada orang tu secepat yang mungkin.Waktu tu,kawan-kawan memang akan gelak sakan la.Tapi nak buat macam mana,tak kan nak bukak baju plak kan,semata-mata tak nak sama ngan orang tu.

Mengikut pengamatan aku,ada tips dia kalau tak nak jadi macam ni.
1) JANGAN beli baju yang berjenama dan di kedai yang berjenama yang dikenali ramai.
2) JANGAN beli baju or seluar yang warna dia memang HOT SALE.Beli lah yang warna-warna yang pelik yang ko rasa memang orang lain tak pakai.Haha.Being different is much better than same right?

1. Ni paling annoying bagi aku. Dan aku rasa kebanyakkan dari kita memang pernah berlaku bende macam ni.Korang pergi masuk satu kedai,pastu korang berhajat nak curi tengok-tengok dulu.Orang cakap WINDOW SHOPPING la. Kalau berkenan,baru angkut. Situasinya,bila korang masuk kedai tuh,tengah khusyuk tengok barang-barang,tetibe datang sorang mamat@minah duk dekat ngan korang,tengokkkkk je apa korang buat.Kalau tak pun.dia duduk jauh tapi kita boleh nampak dia tgh perhatikan kita.Please la...muka kita ni nampak macam penjahat sangat ke nak curi-curi.Aku paham tu untuk precaution.Tapi buruknya pulak,bila kau buat macam tuh,dari niat asal customer nak tengok-tengok dengan privacy dan sendirian,pastuh kau datang dok tertinjau-tinjau kitorang,terus hilang mood nak beli.


Seriously,bila diperhatikan macam tu,aku rasa macam 'tak selamat' dan rasa macam kene stalk.Analoginya mudah,

Korang nak b*rak dengan kadar yang memang tak tertahan lagi.Nak atau tak nak,kene buang jugak time tu.So,korang pegilah toilet,tengok ada satu je toilet yg kosong.Pastuh korang pun masuk,tapi bila nak selak kunci dia,tengok-tengok rosak.Adoi,dah la tak tahan ,memang dah hujung-hujung je ni.So,korang ambil gak risiko untuk gunakan tandas tu dan just tutup rapat pintu tu,dengan harapan takde sape akan terus main tolak je pintu tu dan akan terpaparlah segala-galanya yang tidak patut.


Dalam tempoh tu,korang akan rasa sentiasa 'tak selamat' dan macam rasa 'diperhatikan'.Walaupun sebenarnya orang just tengah tunggu ko keluar sebab dia pulak nak pakai.Tapi,INTUITION korang mengatakan yang korang sedang diperhatikan dan rasa tak selesa.

Bende yang sama lah customer rasa bila kau dok meng'usha' je ape kitorang tengah buat.Tak cukup ke lagi dengan jutaan hidden camera kau?Alahaiii....Kalau kitorang nak panggil,kitorang panggil.Ni tak,waktuh kita tengah tengok-tengok barang,ko sibuk dok terintai-intai.Bila kitorang nak beli,suruh cari saiz dsb,lesap pulak kau.

Entry baru akan menyusul.Babai...

1 comments:

akue said...

lol..yang no 4 tu aku sokong..rasa mcm ade mata pandang ko selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...