Followers

Thursday, August 11, 2011

Rusuhan London : Kita Dibelasah?

Rusuhan London yang dilakukan oleh rakyat mereka di sana telah dilaporkan kepada pihak media sedunia baru-baru ni.

APA PUNCA?

Kalau ikutkan pemahaman aku,(kalau salah betulkan),diorang semua ni buat rusuhan sebab polis London telah menembak seorang lelaki kulit hitam yang bernama Mark Duggan kat Ferry Lane, Tottenham,North London.Kalau tak silap pada 6th August 2011.Tapi punca kenapa Mark tu ditembak,aku tak pasti.

Dan sebab kan 'sebab' yang tak pastilah menyebabkan kaum kerabat diorang kat Tottenham sana tu buat rusuhan sebab tak tahu kenapa Mark ni ditembak mati.Ye lah,ko suka-suka je tembak orang kan.Lepas tu,tak de 'ratio decidendi'.(ok,takde kene mengena).

Bila family dia tahu yang Mark ditembak,diorang pun pergilah ke balai polis bersama dengan penyokong-penyokong diorang dan hasilnya?NOTHING! So,diorang just tahu yang family member diorang ditembak mati for no reason. Are you serious? I mean,GENUINELY SERIOUS???!!

YOU KILLED A PERSON,BUT THEN YOU SAID,

"OH,I JUST ACCIDENTALLY KILLED HIM" or "I DONT KNOW,I JUST LOVE TO DO SO."

Come on,family si Mark ni dan komuniti diorang mesti nak tahu kenapa ko tembak dia.Kalau kau tersalah tembak pun,explain la betul-betul.

Mark Duggan


Dan bermula dari situ,berlakulah rusuhan yang hebat kat sana.Dari kedai-kedai yang dibakar,kerugian juta-juta,kereta-kereta pun turut dimusnahkan 100%.Tinggal rangka kereta je,tuh pun kalau bernasib baik.Di sini disertakan beberapa keping gambar sepanjang rusuhan tu berlaku.






Kereta pulak,





Polis pun diorang berani pukul,

Sempat lagi menganjing polis.Haha.


NOTIS KEPADA POLIS MALAYSIA: INI BARU RUSUHAN.KALAU KAU KATA KUNING TU RUSUHAN,MEMANG HAIRAN AJAIB.KO BANDINGKAN TENGOK.KUNING BUAT LAGU NI KA?BAKAR-BAKAR KERETA?PECAH KEDAI?

Ini 'MERUSUH'?

MERUSUH KE NI?
MERUSUH SANGATTTT

Akal ada kan?Pikir lah sendiri naaa...

Polis diorang pun dah tak larat nak stopkan rusuhan ni.Sebab apa?Dalam diorang cakap semua bilik tahanan kat Balai Polis London dah PENUH!.So,nak tahan orang yang merusuh pun tak boleh.Ye la,nak kurung diorang dalam mana kan?

Kat sini ke??




Lebih 525 ditahan dan 69 didakwa atas kekacauan ini yang turut menyaksikan restoran chef terkenal, Jamie Olliver diselongkar perusuh.

Mesti korang pelik,kenapa tajuk entry kali ni Rusuhan London : Kita Dibelasah? Sebab apa kaitan Malaysia pulak dengan rusuhan kat London sana kan?

Korang tahu tak kes seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja menuntut kat London sana,dibelasah ketika rusuhan berlaku? Pelajar tu nama dia  Muhammed Asyraf Haziq Rossli,20.Dia belajar kat Kolej Kaplan,jurusan Perakaunan under MARA.Kesnya macam ni,dia bersama dengan seorang kawan dia plan nak pergi berbuka puasa kat rumah senior diorang.So,dia pun lalu la kat satu jalan ni naik basikal,dan jalan tu adalah jalan berlakunya rusuhan.Tapi masa tu takdelah teruk macam kedai terbakar ke ape ke.Agak terkawal je.So,tengah-tengah jalan tu,adalah sekumpulan manusia ni,(ada kulit putih,kulit hitam),tarik basikal si Asyraf ni sampailah dia terjatuh atas jalan tu.Sedar-sedar je,mulut dia dah berdarah. Lepas tuh,diorang ni pun bukak beg si Asyraf,seluk dan ambil telefon bimbit.

Bila ada sorang tu nak tolong angkat si Asyraf ni,nampak mulut dia berdarah,geng dia ada yang lari.Pengecut. So,Asyraf pun pergi la dari situ,lintas jalan dan aku tak tahu dia gerak ke mana lepas tu.Either pergi report or teruskan hajat dia ke rumah senior dia.Wallahualam.


Katanya,lepas je dia lintas jalan (selepas dirompak),adalah beberapa orang perempuan kulit hitam tolong dia.Bagi tisu,lap-lap dan sebagainya.Dan yang buat aku terkaget tu,perempuan yang tolong si Asyraf ni Asyraf kata adalah termasuk dalam geng-geng yang jahat tadi.I'M SPEECLESS.

Hari ni aku belajar satu perkara. "DALAM SETANDAN PISANG,TAK SEMUANYA BUSUK".

Ni video latest temu ramah Asyraf kat Hospital Royal London,



Hari ni,lepas dah study kes ni,aku pun terbaca kat satu laman web.Dan aku sekali lagi terkejut dan terharu.Nak tahu kenapa?

Kat London,ramai rakyat diorang dah tahu pasal kes Asyraf ni.Kiranya jadi hot stuff la.Lepas tu,cuba teka apa yang diorang buat?
Diorang tubuhkan satu laman web khas bagi membantu Asyraf.Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Ni printscreen laman Tumblr tu.
Di laman web itu jugak The Minimalist mencadangkan supaya supaya satu kutipan dana dibuat bagi membantu Asyraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: "Pay His student fees" (bayar yuran pengajiannya), "Pay for his family to come and visit him in hospital" (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan "Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone" (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

Sampaikan Perdana Menteri depa ,David Cameroon pun cakap,

"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini."

Bila tengok usaha-usaha The Minimalist ni,rasa agak beruntung si Asyraf.I mean,memanglah sakit dibelasah dan dirompak.Tapi apa yang lebih manis adalah apa yang berlaku selepas itu.Bukan ke Allah pun cakap, "Disetiap sebalik kesusahan ada kemudahannya"

Tengok macammana sweetnya orang kat sana nak tolong dia.Siapa pun yang berada di tempat Asyraf sekarang ni,mesti akan rasa gila terharu.Yela,kita bukannya orang-orang besar,terkenal,tapi semua orang nak tolong kita walaupun tak pernah bersentuh tapak tangan (salam),bersua muka,bersembang apatah lagi.

Pertolongan Allah ni macam-macam.Ada Allah bagi direct,ada Allah bagi melalui makhluk Dia.Oh,Allah sentiasa mendengar kita.Kerja kita apa?Solat la,doa.

ALLAH WANTS YOU TO SHARE!



Sama-sama kita doakan kesihatan Asyraf kat sana lah ye.May Allah bless us.Amin.

p/s: Teringat isu 'Kuning',ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan mangsa-mangsa yang terbabit dalam adegan ganas si baju biru.







7 comments:

Maryam Kamal said...

Madam Mazbah ada FB? Nak kasi link 'ratio decedendi' ni kat madam. She must be proud of you :P

Btw.. Ko rasa wujud ke unsur apartheid dalam kes di Tottenham yang menjadi punca rusuhan neh?

p/s : cantik doe topeng kaler pink yang orang tu pakai depan armies tuh. kasi authoriti negara kita pakai, mesti lawa kan? oke, mengarut :D

nursabirah azhari said...

thanks for sharing :) may Allah bless u bro :):)

Afham said...

Maryam-aku dah cari,takde.Hahaa.Dah lama aku search,tapi still tak jumpa.

Apartheid?Hmm..aku tak sure.Sebab memang tak de sebab langsung polis tu nak tembak dia.Kalau ada,mesti polis umumkan betul?Contohnya cakap si Mark tu melawan pihak polis ke,ugut orang awam ke.

Tapi ni diammm je.

Afham said...

Kak sabiz-hehe..welcome akak.Amiinnn

Anonymous said...

serius cakap,persepsi aku kat britain sekarang dah berubah 180 darjah selsius....kalo dulu aku ingan omputih ni la paling berintegriti, bsopan santun, beratur elok2 nak naik bas,buang sampah dlm tong sampah dsb...tp sekarang aku dah ade pndgn baru...sume manusia same aje, xkira la ko bangsa apa ke,kulit putih melepak ke,negara maju mcm mane skalipun...yg penting sumenya ade yang jahat,ada yang baik...

Anonymous said...

YOU KILLED A PERSON,BUT THEN YOU SAID,

"OH,I JUST ACCIDENTALLY KILLED HIM" or "I DONT KNOW,I JUST LOVE TO DO SO."...sah-sah budak law yang tulis..haha

Afham said...

Anony-mesti...tp kita tak dpt nafikan,dorang lebih bnyak menang dari kita dari segi beberapa aspek.

Paling ketara,kesopanan dan kebersihan. Cuma bila dah diorg 'meletop' mcm rusuhan ni,terkeluar segala amarah nya.

p/s:kenapa 'nampak sangat budak law tulis' plak?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...