Followers

Tuesday, August 9, 2011

SIMPLYSITI ADA BABI?

Oleh sebab baru belajar bab Consumerism minggu ni,aku terpanggil nak cerita pasal isu ni.Baru-baru ni isu halal-haram makin meledak kat Malaysia yang cemerlang,gemilang,terbilang ni.Dulu isu hot masa diorang discover kasut kulit babi,yang ada tiga dot banyak-banyak,macam ni...

Ha,,,pi check balik kasut hampa...kalau ada,sila buang tanpa rasa segan silu.Samak apa yang patut.



Tapi yang paling latest,adalah isu SIMPLYSITI,sebuah rangkaian produk kosmetik hasil keluaran penyanyi No 1 Malaysia,Dato' Siti Nurhaliza Tarudin,disahkan TIDAK HALAL atau HARAM la senang cerita oleh JAKIM.Sumber :sazuya.blogspot.com



Mamee pun tidak halal katanya,.,,
Bukti SIMPLYSITI tak halal,



Ok,gempar satu Malaysia bila tahu produk tersebut disahkan Tidak Halal,sebab didapati kandungan berus yang digunakan pada alat solekannya diperbuat daripada bulu BABI.Dengar ye,BABI.SO,kecohla masing-masing nak samak la,nak saman la,apalah.

Selang beberapa hari selepas itu,Dato' Siti tampil dengan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

KENYATAAN RASMI SIMPLYSITI

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut.

Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.

Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up dan kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden

SimplySiti Sdn Bhd


Kemudian JAKIM pulak keluar statement,

Lebih kurang bunyi dia mcm ni lah..
"JAKIM kesal akan tindakan pihak yang menyebarkan isu yang tidak betul berkaitan isu halal haram sedangkan kami telah memberikan status halal kepada syarikat-syarikat tertentu.Mohon isu seperti ini tidak akan bangkit lagi kerana ia mampu merosakkan industri dan keyakinan pengguna."

So,itu dia.Kenyataan balas sudah diberikan.

 TAPI AKU MUSYKIL!!

Cuma lagi satu,aku musykil sikit.Perasan tak,dlm pic pertama,yang surat rasmi tu, (atas),dia kata

"SYARIKAT SEPERTI DI LAMPIRAN 1 ADALAH TIDAK BERJAYA"

Persoalannya,adakah dua gambar yang ditunjukkan selepas gambar surat itu benar-benar LAMPIRAN 1 yang dimaksudkan?Siapa siapa pun boleh tiru dan tulis dalam MS Word,dan print.Sebab dalam kedua-dua picture tersebut takde apa-apa lambang yang boleh kita jadikan autoriti.So,persoalan tentang kesahihan gambar "lampiran 1' tuh benar-benar memusykilkan.

Lagi satu,cuba korang tengok kat Pic 1,JAIP yang keluarkan surat.Katanya based on JAKIM punya surat kepada pihak diorang.Tapi kalau korang perhatikan dalam Pic yang sama,dia kata..

'MERUJUK KEPADA SURAT JAKIM BERTARIKH 10 JUN 2011'


Pastu korang tengok kat pic kedua dan ketiga,Mamee disahkan TIDAK Halal pada 3.06.2011 dan SIMPLYSITI disahkan TIDAK HALAL pada 29.04.2011.


Hmm..agak pelik.Bayangkan,berus Simplysiti tu diorang dapat tahu tak halal pada bulan 4.Surat baru nak keluar pada bulan 7?Haisy,takkanlah dah tahu bende tu haram (KATANYA LAHH),pastu duduk diam je tak umumkan kat consumer,nak bagi consumer pakai bende haram selama 3 bulan lebih ke?Para-para wanita kat luar tu dah bersolek molek segala,dan feeling jelita selepas bersolek,tetibe dorang baru tahu yang dorg selama ni sapu bulu babi kat muka?Aiyo,,,logik la sikit.

Nak bagi budak-budak makan Mamee yang kononnya haram selama lebih kurang sebulan ke???? Pastu baru nak umum?Nonsense! So,aku boleh buat conclusion yang isu yang timbul ni tak betul dan ada dalang yang sengaja porak peranda isu consumerism dlm kalangan umat Islam kat Malaysia ni.Kerja siapa?Tak tahu.

Entahlah,,ni based on pendapat perseorangan je.Dan kes ni pun dah ditutup dan dijelaskan oleh pihak JAKIM dan SIMPLYSITI sendiri.Mamee tak dengar kabar plak.Sekarang kita as consumer nak buat apa???

Nilai sendiri.






   


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...